Perutusan

YBHG. DATUK SERI HJ. SARIPUDDIN BIN HJ. KASIM,
KETUA SETIAUSAHA,
KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA

Salam Sejahtera dan S‚Äčalam 1Malaysia,

 

Sistem pengangkutan yang efisien memainkan peranan yang penting dalam pembangunan sesebuah negara. Malaysia yang bakal muncul sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020 terus berusaha memantapkan sistem pengangkutan melalui pelbagai transformasi bagi mewujudkan satu sistem pengangkutan yang bersepadu.

 
 
Penglibatan Kementeria dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP) di bawah Pengangkutan Awam Bandar yang merupakan salah satu dari Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), menjawi wadah utama Kementerian dalam membantu negara ke arah pencapaian Wawasan 2020.
 


Kita sedia maklum arus perubahan sekarang adalah bersifat dinamik dan sentiasa memerlukan daya tahan bagi setiap individu dan organisasi. Perancangan yang mampan dan tepat akan dapat membentuk satu landasan ke arah merealisasikan visi dan misi Jabatan.

Tahniah kepada warga JPJ kerana berjaya menyediakan Pelan Strategik 2016-2020 dalam usaha untuk merealisasikan kenyataan terkandung dalam kerangka Pelan Strategik ini untuk menjadikan JPJ sebuah organisasi yang diiktiraf dan dihormati oleh masyarakat sejagat.

YBHG. DATO' SHAHARUDDIN KHALID,
KETUA PENGARAH JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA

TRANSFORMASI JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ) MERUPAKAN KAEDAH BARU MELAKSANAKAN KERJA MELANGKAUI DARI KEBIASAAN KE ARAH PENGHASILAN MODAL INSAN YANG MEMPUNYAI MENTALITI KELAS PERTAMA DAN INFRASTRUKTUR KELAS PERTAMA.

Sistem penyampaian perkhidmatan yang berkualiti adalah penting untuk pembangunan negara. Kerajaan telah memperkenalkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi mewujudkan elemen kebertanggungjawaban di kalangan anggota pentadbiran dan penjawat awam dalam usaha memastikan rancangan pembangunan negara berjalan lancar dan jayanya.

Pelan Strategik 2016-2020 ini disediakan seiring dengan iltizam kerajaan untuk melakukan proses transformasi melalui pengurusan berteraskan pencapaian dengan menggunakan kaedah penetapan NKRA dan pengukuran KPI. Transformasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merupakan kaedah baru melaksanakan kerja melangkaui dari kebiasaan ke arah penghasilan modal insan yang mempunyai mentaliti kelas pertama dan infrastruktur kelas pertama. Konsep Transformasi JPJ merangkumi perubahan sistematik yang menjurus kepada pewujudan institusi yang cemerlang dan pembinaan imej positif JPJ di kalangan masyarakat.

Usaha transformasi ini memerlukan komitmen yang padu dan berterusan oleh setiap warga JPJ dengan mengamalkan prinsip Budaya Kerja Kelas Pertama. Budaya Kerja Kelas Pertama ialah amalan terbaik dan terpuji yang melebihi daripada kebiasaan. Ia merangkumi aspek pemikiran, pengurusan emosi dan dimanifestasikan melalui perlakuan, tindakan dan cara bekerja yang penuh integriti serta dapat memuaskan hati pelanggan.

Harapan saya, warga JPJ akan bersama-sama berganding bahu dan komited dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan agar matlamat untuk menjadikan JPJ sebagai sebuah institusi yang menerajui bidang pengurusan dan penguatkuasaan pengangkutan jalan bertaraf dunia menjelang tahun 2020 dapat dipenuhi sebagaimana yang telah digariskan dalam Pelan Strategik 2016 - 2020 ini.