PERMOHONAN UJIAN UNDANG-UNDANG JALAN RAYA (BAHAGIAN 1) LISAN BAGI CALON BUTA HURUF/ LEMBAM

Permohonan ujian undang-undang (Bahagian 1) lisan bagi calon buta huruf/lembam boleh dilakukan di JPJ Negeri/Cawangan sahaja.

Syarat- syarat permohonan:

  • Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan untuk menduduki Ujian Undang-Undang Jalan Raya (Bahagian 1) Lisan dengan hadir sendiri ke pejabat JPJ Negeri yang terlibat.
  • Borang permohonan perlu diisi dua (2)salinan dan ruangan Bahagian 1 boleh diisi oleh pemohon atau waris terdekat. Borang permohonan adalah seperti di Lampiran A1 atau A2.
  • Umur pemohon adalah sebagaimana yang ditetapkan di dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987.
  • Pemohon hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia.
  • Permohonan hendaklah disahkan oleh:-

                        Ø  Kategori Buta Huruf

  • Penghulu/ Guru Besar/ Pengetua Sekolah/ Pegawai Kerajaan Kumpulan A/ Wakil Rakyat/ Jaksa Pendamai atau Ketua Masyarakat bagi Sabah dan Sarawak.

                        Ø  Kategori Lembam

  • Pegawai Perubatan Kerajaan/ Kad OKU (Masalah Pembelajaran)
  • Bagi pemohon yang lembam (slow learner/ pemegang kad OKU masalah pembelajaran) hendaklah mengemukakan surat pengesahan daripada pengamal perubatan dalam bidang berkenaan bagi mengesahkan calon berkenaan mampu menduduki ujian teori dan amali memandu dan layak memandu
Dokumen yang diperlukan:

  • Borang permohonan
  • Kad pengenalan asal
  • Pengesahan pengamal perubatan berdaftar