Perutusan Khas Ketua Pengarah

TEKS PERUTUSAN KHAS,
YBHG. DATO' NADZRI SIRON
KETUA PENGARAH PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

Warga JPJ dan hadirin yang dihormati sekalian,
 
KATA ALUAN
 
1. Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah izin-Nya dapat kita bersama-sama dalam Majlis Sambutan Hari JPJ Ke-70 bagi tahun 2016. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh warga JPJ yang menjayakan sambutan ini dengan bertemakan “Rakyat didekati, JPJ disenangi”. Sesungguhnya tema ini cukup tepat dengan persekitaran kerja semua warga JPJ dan perlu sentiasa dihayati bersama.

 

2. Seperti tahun-tahun sebelum ini, objektif utama sambutan Hari JPJ adalah bertujuan untuk memupuk budaya kekitaan dan kekeluargaan dalam kalangan warga JPJ. Semangat sebegini amat penting agar usaha untuk menjadikan organisasi JPJ sentiasa terus relevan dan unggul. Selain itu, majlis sambutan ini juga dijadikan sebagai platform kepada kita semua warga JPJ untuk memperbaharui ikrar selari dengan tema sambutan yang ditetapkan.

<<< muat turun Teks Perutusan Khas DSKP >>>