TAMBAH KELAS LESEN MEMANDU VOKASIONAL  (GDL,PSV & KONDUKTOR)

Permohonan tambah kelas lesen vokasional boleh dilakukan di JPJ Negeri/Cawangan sahaja.
 
Syarat- syarat tambah kelas:

  • Memiliki CDL dengan kelas yang setara;
  • Pengesahan kesihatan daripada Pengamal Perubatan Berdaftar melalui Borang JPJL8A.
  • Lulus Ujian Amali (jika berkenaan) dan masih berkuatkuasa 1(satu) tahun.
  • Keputusan ujian telah dikemaskini dan masih berkuatkuasa dalam tempoh satu (1) tahun

Dokumen yang diperlukan:

  • MyKad/Pasport asal atau salinan MyKad/Pasport pemohon sekiranya urusniaga dilakukan oleh wakil.
  • Lesen memandu asal/salinan
  • Pengenalan diri asal wakil
  • 1 keping gambar warna (berlatar putih) berukuran 25mm x 32mm (pilihan)
  • Memegang pasport yang masih berkuatkuasa (warga asing)
  • Sijil Kursus JPJL2C
  • Borang JPJL8A
  • Bayaran RM5.00