PERMOHONAN SALINAN/ GANTIAN LESEN MEMANDU

Permohonan pengeluaran salinan/gantian lesen memandu boleh dilakukan di JPJ Negeri/Cawangan, UTC dan Kaunter 1JPJ sahaja.

Syarat- syarat salinan lesen memandu (Caj fi RM20):

  • Untuk apa-apa kes-kes kehilangan lesen;
  • Kehilangan yang disebabkan kecuaian pemegang lesen;
  • Susulan daripada urusniaga secara online melalui eKhidmat;
  • Susulan daripada urusniaga di JPN atau pembaharuan melalui MyKad sahaja.(Pengecualian bayaran diberikan)
  • Pemilik perlu hadir sendiri

Syarat- syarat salinan lesen memandu melalui gantian (tanpa caj):

  • Bagi kes-kes ragut, rompak, kecurian dan bencana alam (perlu laporan polis yang menyatakan secara spesifik alasan berkenaan);
  • Kesilapan cetakan/dokumen daripada Jabatan;
  • Pemilik hadir sendiri

Dokumen yang diperlukan:

  • MyKad/Pasport asal;
  • 1 keping gambar warna (berlatar putih) berukuran 25mm x 32mm;
  • Memegang pasport yang masih berkuatkuasa(warga asing);
  • Bayaran RM20 (salinan).