Artikel Pilihan

Permohonan boleh dibuat di mana-mana pejabat JPJ Negeri dan Cawangan sahaja.

Kelayakan bagi permohonan Lesen Vokasional:

  • Telah lulus pemeriksaan perubatan sebagaimana disyaratkan
  • Telah menghadiri kelas teori dan latihan amali sebagaimana disyaratkan
  • Lulus ujian teori dan amali sebagaimana disyaratkan
  • Pemohon warganegara Singapura hanya layak memohon di JPJ Johor Bahru sahaja

 Dokumen yang diperlukan:

  • MyKad /Pasport asal atau salinan MyKad/Pasport pemohon sekiranya urusniaga dilakukan oleh wakil
  • Pengenalan diri asal wakil
  • Lesen Memandu Kompeten (CDL) asal.
  • Borang JPJL8A.
  • Borang JPJL12.
  • Sijil JPJL2C
  • 1 gambar warna (berlatar putih) berukuran 25mm x 32mm
  • Bayaran RM20.00
  • Memegang pasport yang masih berkuatkuasa (warga Singapura)

 

INFO: Berdasarkan seksyen 29, Akta Pengangkutan Jalan Malaysia (APJ) 1987, lesen memandu yang tamat tempoh dan gagal diperbaharui dalam tempoh yang ditetapkan adalah terbatal secara automatik seperti berikut:

·         Lesen Memandu Percubaan (PDL) tamat tempoh melebihi 1 tahun.

·         Lesen Memandu Kompeten (CDL) tamat tempoh melebihi 3 tahun.

·         Lesen Vokasional tamat tempoh melebihi 3 tahun