Permohonan lesen memandu OKU bagi kelas A dan A1 boleh dilakukan di JPJ Negeri/Cawangan sahaja.

Syarat- syarat lesen OKU:

  • Memiliki Kad OKU
  • Laporan pemeriksaan Pegawai Perubatan mengesahkan layak mendapatkan lesen memandu dan menggunakan kenderaan yang telah diubahsuai mengikut keupayaan fizikal
  • Perlu mendapat pengesahan dari Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ bagi pengubahsuaian kenderaan OKU
  • Bagi yang telah memiliki lesen memandu Kelas A atau A1 dan memohon tambah kelas pemohon perlu mendaftar di JPJ

Dokumen yang diperlukan:

  • Pengenalan diri asal dan salinan
  • Kad OKU asal atau salinan
  • Kad Pendaftaran kenderaan yang telah diubahsuai mengikut kesesuaian pemohon asal
  • Surat  kebenaran dari pemilik kenderaan (jika berkaitan)
  • Borang Pemeriksaan Kesihatan Bagi Orang Kurang Upaya (OKU) boleh di muat turun dari KKM

Syarat-syarat Bagi mendapatkan fi nominal (RM2.00):

  • Warganegara Malaysia
  • Kecacatan fizikal sahaja
  • Memiliki lesen memandu kelas tunggal A/A1 atau kombinasi  A dan  A1
  • Memiliki kenderaan yang telah diubahsuai mengikut keupayaan fizikal yang telah diluluskan oleh Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ         
  • Kemukakan surat kebenaran dari pemilik kenderaan jika bukan kenderaan pemohon tersebut
  • Sekiranya pengemaskinian data kepada kelas lesen A atau A1 dibuat, Kelas E dan lesen Vokasional yang dimiliki oleh pemegang lesen memandu akan digugurkan secara automatik kecuali GDL kelas C dan konduktor

Dokumen yang diperlukan:

  • Kad OKU asal atau salinan.
  • Kad Pendaftaran kenderaan yang telah diubahsuai mengikut kesesuaian pemohon asal.
  • Surat kebenaran dari pemilik kenderaan (jika berkaitan)
  • Laporan Pemeriksaan Kesihatan

INFO:KELAS LESEN MEMANDU ORANG KURANG UPAYA (OKU)

Motosikal OKU Tidak Melebihi 450 kg

Motokar OKU Tidak Melebihi 3500 kg

 

 

 

 

INFO:KADAR BAYARAN URUSNIAGA LESEN MEMANDU

JENIS LESEN

KADAR BAYARAN (RM)

TEMPOH

LESEN BELAJAR MEMANDU (LDL)

Kelas A

2.00

3/6bulan

Kelas B2 (tunggal)

2.00/4.00

3/6 bulan

Kelas B/C

20.00/40.00

3/6bulan

Kelas D dan lain-lain

30.00/60.00

3/6 bulan

LESEN PERCUBAAN (PDL)

Kelas A/A1

2.00

2 tahun

Kelas B2 (tunggal)

2.00

2 tahun

Kelas B/C

40.00

2 tahun

Kelas D/E/F/G/H/I

60.00

2 tahun

LESEN MEMANDU KOMPETEN (CDL)

Kelas A/A1

2.00

1 Tahun

Kelas B2 (tunggal)/B/C

20.00

1 tahun

Kelas D /E/F/G/H/I

30.00

1 tahun

LESEN MEMANDU VOKASIONAL

Lesen Kenderaan Barang-barang (GDL)/Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) atau CON

20.00

1 tahun

Permit Memandu Antarabangsa (IDP)

150.00

1 Tahun

Salinan Lesen Memandu

20.00

-

Cabutan Maklumat Lesen Memandu

10.00

-

Pindaan Maklumat Lesen Memandu

10.00

-

Tambah Kelas Lesen Memandu

5.00

-