Artikel Pilihan

 
PERMOHONAN LESEN MEMANDU KOMPETEN  (CDL)

 

Permohonan boleh di buat di mana-mana pejabat JPJ negeri / cawangan sahaja

 

Kelayakan bagi permohonan CDL:

  • Memohon dalam tempoh 7 hari sebelum tamat tempoh percubaan
  • Tempoh permohonan adalah satu (1) tahun dari tarikh tamat tempoh kuatkuasa PDL
  • Pemilik tidak disenaraihitam
  • Lesen memandu boleh dipohon bagi tempoh 1 hingga 5 tahun

Dokumen Yang Diperlukan:

  • MyKad/Pasport asal atau salinan MyKad/Pasport pemohon sekiranya urusniaga dilakukan oleh wakil
  • Pengenalan diri asal wakil
  • 1 gambar warna (berlatar putih) berukuran 25mm x 32mm (pilihan)
  • Memegang pasport yang masih berkuatkuasa (warga asing)
  • Bayaran RM20.00 untuk kelas B2, B & C (Kelas A/A1 RM2.00). Bayaran RM30.00 bagi kelas D & ke atas

 

INFO: Permohonan PDL dan CDL di pejabat JPJ, pemohon diberi pilihan sama ada membawa gambar warna sendiri (ukuran 25mm x 32mm) berlatar putih, mengambil gambar di kaunter atau menggunakan gambar daripada MyKad.

 

INFO: Berdasarkan seksyen 29, Akta Pengangkutan Jalan Malaysia (APJ) 1987, lesen memandu yang tamat tempoh dan gagal diperbaharui dalam tempoh yang ditetapkan adalah terbatal secara automatik seperti berikut:

·         Lesen Memandu Percubaan (PDL) tamat tempoh melebihi 1 tahun.

·         Lesen Memandu Kompeten (CDL) tamat tempoh melebihi 3 tahun.

·         Lesen Vokasional tamat tempoh melebihi 3 tahun