PERMOHONAN CABUTAN / PENGESAHAN MAKLUMAT LESEN MEMANDU

Permohonan pengeluaran cabutan maklumat lesen memandu boleh dilakukan di JPJ Negeri/Cawangan, UTC dan Kaunter 1JPJ sahaja.

Syarat- syarat cabutan/pengesahan lesen memandu:

  • Maklumat rekod lesen memandu wujud dalam sistem JPJ

Dokumen yang diperlukan:

  • MyKad/Pasport asal atau salinan MyKad/Pasport pemohon sekiranya; urusniaga dilakukan oleh wakil;
  • Pengenalan diri asal wakil;
  • Memegang pasport yang masih berkuatkuasa(warga asing);
  • Bayaran RM10.