PEMBAHARUAN LESEN MEMANDU KOMPETEN (CDL)

Pembaharuan lesen memandu kompeten boleh dilakukan di JPJ Negeri/Cawangan, UTC, Kaunter 1JPJ, kiosk eKhidmat dan rangkaian Pejabat Pos Malaysia Berhad (PMB)  

 

 Syarat- syarat pembaharuan:

  • Tempoh pembaharuan dibenarkan adalah 1, 2, 3, 4 dan 5 tahun sahaja
  • Tidak disenaraihitamkan
Dokumen yang diperlukan:
  • MyKad/Pasport asal atau salinan MyKad/Pasport pemohon sekiranya urusniaga dilakukan oleh wakil;
  • Pengenalan diri asal wakil;
  • Lesen memandu asal/salinan;
  • Dokumen pengenalan diri wakil yang asal;
  • 1 gambar warna (berlatar putih) berukuran 25mm x 32mm;
  • Memegang pasport yang masih berkuatkuasa(warga asing);
  • Bayaran RM20.00/tahun bagi kelas B2 B & C (Kelas A/A1 RM2.00). Bayaran RM30.00/tahun bagi kelas D & ke atas.

 

INFO: Pembaharuan CDL di pejabat JPJ, pemohon diberi pilihan sama ada membawa gambar warna sendiri (ukuran 25mm x 32mm) berlatar putih, mengambil gambar di kaunter atau menggunakan gambar daripada MyKad.

 

INFO: Berdasarkan seksyen 29, Akta Pengangkutan Jalan Malaysia (APJ) 1987, lesen memandu yang tamat tempoh dan gagal diperbaharui dalam tempoh yang ditetapkan adalah terbatal secara automatik seperti berikut:

·         Lesen Memandu Percubaan (PDL) tamat tempoh melebihi 1 tahun.

·         Lesen Memandu Kompeten (CDL) tamat tempoh melebihi 3 tahun.

·         Lesen Vokasional tamat tempoh melebihi 3 tahun