Anda Disini:: Utama
 
 
  • Pemandu

  • Kenderaan

  • Teknikal

  • Penguatkuasaan

 
 
 
 

Pelaksanaan Pendaftaran Kenderaan Import Secara eDaftar (Pemegang AP Individu)

Hits smaller text tool iconmedium text tool iconlarger text tool icon
1.JPJ telah melaksanakan prosedur pendaftaran kenderaan secara e-Daftar mulai tahun 2001, dengan Fasa Pertama melibatkan kenderaan pemasangan dan buatan tempatan. Melalui sistem ini, data pendaftaran kenderaan dihantar secara elektronik oleh pembuat dan pemasang kenderaan.
2.Berkuatkuasa 1 Jun 2010, penggunaan sistem e-Daftar telah diperluaskan dan dikuatkuasakan ke atas pendaftaran kenderaan import dengan kemasukan data ke dalam sistem JPJ dibuat oleh syarikat pengimport kenderaan. Penguatkuasaan ini juga dilaksanakan ke atas kenderaan import yang dibawa masuk menggunakan AP Individu.
3.Bagi pemegang AP Individu, kemasukan maklumat pendaftaran kenderaan ke dalam sistem e-Daftar boleh dilakukan melalui salah satu daripada tiga (3) Gateway Providers (GP) seperti berikut:-
Nama GP Pegawai Yang Boleh Dihubungi No Telefon dan Faks
Cuscapi Berhad
Level 1, Blok B, Peremba Square
Saujana Resort
Seksyen U2
40150 Shah Alam
Selangor
www.cuscapi.com
Encik Faris Neo Abdullah
(farisneo@cuscapi.com)





Tel    : 03-7623 7764
Faks : 03-7622 1999
Drosstech Sdn Bhd
SW-03-17, Cova Square
Jalan Teknologi
Kota Damansara, PJU5
47810 Petaling Jaya
Selangor
www.drosstech.com.my
Encik Fauzi Manan
(fauzi@drosstech.com.my)

Encik Mohd Khamadi
(khamadi@drosstech.com.my)
Tel    : 03-6142 4577
Faks : 03-6142 4577
Synergycentric Sdn Bhd
Wisma DRB-HICOM
No. 2 Jalan Usahawan U1/8
Seksyen U1
40150 Shah Alam
Selangor   
Encik Annathurai Periasamy (annathup_ipoh@yahoo.com)     Tel   : 03-2052 8828
Faks : 03-2052 8899

4.Dokumen yang perlu dikemukakan kepada GP bagi proses kemasukan data pendaftaran adalah seperti berikut:-
  1. Dokumen pengenalan diri pemilik;
  2. Salinan Lesen Import (AP);
  3. Salinan Borang Kastam K1; dan
  4. Salinan Laporan Pemeriksaan Kenderaan di PUSPAKOM.
5.Bayaran perkhidmatan sebanyak RM50 akan dikenakan bagi setiap kemasukan dan penghantaran data ke pengkalan data JPJ. Walaubagaimanapun, bayaran bagi sebarang perkhidmatan tambahan adalah tertakluk kepada persetujuan di antara pihak GP dengan pemegang AP.

6.Sebarang pertanyaan berhubung pelaksanaan sistem e-Daftar boleh diajukan ke Bahagian Pelesenan Kenderaan, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia di talian 03-8886 6427.
Related ArticlesLatest ArticlesMost Read ArticlesRandom Articles
 
 
 
 
Warna
Google Translator
RSS
Warna
Google Translator