1. Sistem Profail Pemandu Vokasional telah dibangunkan di dalam pangkalan data JPJ bertujuan mewujudkan satu pusat rujukan maklumat mengenai profail pemandu vokasional.

  2. Syarikat-syarikat pengangkutan atau persatuan-persatuan pengangkutan boleh memohon maklumat pemandu vokasional sebelum seseorang pemandu diambil bekerja bagi memastikan pemandu tersebut tidak mempunyai rekod buruk terhadap pelanggaran undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 , Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan  Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987.

  3. Maklumat-maklumat yang boleh diperoleh melalui semakan sistem ini ialah

    1. maklumat demografik pemandu

    2. maklumat lesen pemandu

    3. maklumat penggantungan lesen

    4. maklumat senarai hitam pemandu

    5. maklumat saman

    6. maklumat di atas adalah berdasarkan kepada maklumat sedia ada dalam pangkalan data JPJ sahaja.

  4. Cetakan profail pemandu vokasional hanya boleh dikeluarkan oleh Bahagian Penguatkuasa Ibu Pejabat JPJ dan belum diperluaskan kepada JPJ Negeri. Tiada bayaran dikenakan kepada pemohon untuk maklumat di atas.

  5. Pemohonan semakan profail pemandu vokasional hendaklah dikemukakan dengan menggunakan letter head syarikat atau persatuan serta di lampirkan bersama Nama dan Nombor Kad Pengenalan Pemandu dan hendaklah dihantar ke alamat berikut seperti di bawah

Bahagian Penguatkuasa ,
Ibu Pejabat JPJ Malaysia ,
Aras 1 , Blok D4 , Kompleks D ,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ,
62620 Putrajaya


No Tel : 03 88866412

No Faks : 03 88866726

 

         
    Penggunaan Semula Nombor Pendaftaran Kenderaan
    Selaras dengan pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987... more
    New Compound Rate Implementation
    New compound rate for offences by 250cc motorcycles and motorcycles other than 250cc. more
    Prohibition on Goods Vehicle
    Prohibition on the use of goods vehicle during festive season. more
    Use of seat belts
    Regulations on the use of seat belts for rear passengers. more
    Vocational Drivers' Profile System (SPPV)
    Information on vocational drivers' profile. more
    KEJARA
    Demerit point system for traffic offences. more
    Installation of Tinted Windows
    Specifications for installations of tinted front, rear and side. more
    Procedures to Recover Vehicles Confiscated by JPJ
    To determine the identity of driver/vehicle. more
    How to Pay Summons by JPJ
    Payments at state JPJ offices or through eServices. more
    Procedures to Apply for ICP Permit for Foreign Vehicles.
    Regulations concerning foreign vehicles and drivers entering Malaysia. more