Permohonan Pertukaran Lesen Memandu Asing kepada Lesen Memandu Malaysia Melalui Pengecualian Pemakaian Kaedah 5(3) Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Lesen Memandu) 1992 (Bukan Automatik).
 

Latar Belakang

  • Bagi permohonan di bawah kategori ini, pemohon boleh membuat permohonan di mana-mana JPJ/ Cawangan yang berhampiran atau  Bahagian Pelesenan Pemandu, Ibu Pejabat, JPJ Putrajaya.
  • Kelulusan permohonan diberikan oleh Ibu Pejabat JPJ Putrajaya sahaja.
  • Pertimbangan hanya diberikan kepada Kelas D (motokar) dan/atau kelas B2 (motosikal).
  • Keputusan permohonan akan diperolehi dalam masa 30 hari berkerja dari tarikh terima permohonan bagi permohonan yang lengkap sahaja
  • Permohonan yang telah diluluskan boleh mendapatkan Lesen Memandu Malaysia di mana-mana JPJ/ Cawangan yang berhampiran
  • Pemegang Lesen Memandu Percubaan (PDL) dan Lesen Memandu Kompeten (CDL) sahaja yang boleh memohon.
  • Bagi pemohon yang memegang lesen memandu kurang dari tempoh 2 tahun, kelayakan adalah PDL manakala bagi pemohon yang memegang lesen lebih dari 2 tahun kelayakan adalah CDL.
  • Pemohon hendaklah mempunyai visa yang sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sebelum tamat serta mempunyai Lesen Memandu Asing yang masih berkuat kuasa.
  • Permohonan hanya layak dipertimbangkan bagi negara yang tersenarai dalam Perjanjian United Nation Conference Transport Geneva 1968.

Kelayakan Permohonan

1.     Warganegara Malaysia

2.     Penduduk Tetap

3.     Warganegara Asing

a.     Peserta Malaysia My Second Home Programme (MM2H)

b.     Pemegang Pas Pelajar (Doctor of Philosophy – PhD sahaja)

c.     Berkhawin dengan Warganegara Malaysia

d.     Pemegang Pas Pekerjaan (Kerajaan/Badan Berkanun/GLCs

        (Government Linked Companies) 

e.     Pemegang Pas Tanggungan

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  • MyKad / Pasport asal dan salinan
  • Visa- salinan (sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum tamat)
  • Lesen Memandu Negara Asing yang masih sah berkuatkuasa asal dan salinan
  • Pengesahan Lesen Memandu Asing atau surat terjemahan daripada Kedutaan Negara /Pengeluar Lesen Memandu.

 

DOKUMEN-DOKUMEN TAMBAHAN ADALAH BERGANTUNG KEPADA KATEGORI PEMOHON SEPERTI BERIKUT:

1)    Warga negara Malaysia / Penduduk Tetap hanya perlu mengemukakan dokumen di atas sahaja.

2)    Peserta ‛Malaysia My Second Home Programme

a.     Salinan Surat pengesahan daripada Jabatan Imigresen Malaysia

3)    Pelajar PhD sahaja

a.     Surat pengesahan pelajar bagi program PhD daripada universiti tempatan

b.     Kad pelajar

4)    Pemegang pas pekerjaan yang berkhidmat di sector Kerajaan / Badan berkanun / GLCs (Govt-Linked Companies)

a.     Kontrak Pekerjaan/ Pengesahan dari majikan

5)    Pas Tanggungan (Dependent Pass)

a.     Pasport atau Visa Pasangan

b.     Lesen Memandu Malaysia (jika ada)

6)    Berkahwin dengan warga negara Malaysia

a.     Sijil Pendaftaran Perkahwinan / Surat Perakuan Nikah dari Malaysia sahaja

b.     MyKad pasangan

SENARAI NEGARA ASING YANG LAYAK DIPERTIMBANGKAN PENGECUALIAN PEMAKAIAN KAEDAH 5 (3)     
1 Afghanistan 41 Gambia 81 Nicaragua 121 Western Samoa
2 Albania 42 Georgia 82 Niger 122 Yemen
3 Algeria 43 Ghana 83 Norway 123 Yugoslavia
4 Argentina 44 Greece 84 Pakistan 124 Zaire
5 Austria 45 Guatemala 85 Panama 125 Zambia
6 Bahamas 46 Guinea 86 Paraguay 126 Zimbabwe
7 Bahrain 47 Guyana 87 Peru    
8 Bangladesh 48 namibia 88 Portugal    
9 Barbados 49 Holy See 89 Republic of Macedonia    
10 Belarus 50 Honduras 90 Republic of Moldova    
11 Benin 51 Hungary 91 Romania    
12 Bolivia 52 Iceland 92 Rwanda    
13 Bosnia Herzegovina 53 India 93 San Marino    
14 Botswana 54 Indonesia 94 Saudi Arabia    
15 Brazil 55 Ireland 95 Senegal    
16 Bulgaria 56 Ivory Coast 96 Seychelles    
17 Burkina Faso 57 Jamaica 97 Sierra Leone    
18 Burundi 58 Jordan 98 Slovakia    
19 Cameroon 59 Kampuchea 99 Slovenia    
20 Canada 60 Kenya 100 Somalia    
21 Central African Republic 61 Kuwait 101 South Africa    
22 Chad 62 Latvia 102 South Yemen    
23 Chile 63 Lebanon 103 Sri Lanka    
24 Colombia 64 Lesotho 104 Sudan    
25 Congo 65 Liberia 105 Swaziland    
26 Costa Rica 66 Liechtenstein 106 Sweden    
27 Cote d' Ivoire 67 Lithuania 107 Syria    
28 Croatia 68 Luxemborg 108 Tanzania    
29 Cuba 69 Madagascar 109 Togo    
30 Cyprus 70 Malawi 110 Trinidad & Tobago (Tobocco)    
31 Czechoslovakia 71 Maldive Islands 111 Tunisia    
32 Dahomey 72 Mali 112 Turkmenistan    
33 Dominican Republic 73 Malta 113 Uganda    
34 Democratic Kompochea 74 Mauritania 114 Ukrainian Soviet Socialist (Ukrain)    
35 Ecuador 75 Mexico 115 United Kingdom (Scotland, England)    
36 El Salvador 76 Monaco 116 United States Of America (Rhode Island)    
37 Estonia 77 Mongolia 117 Uruguay    
38 Ethiopia 78 Morocco 118 Uzbekistan    
39 French Polynesia 79 Namibia 119 Venezuela    
40 Gabon 80 Nepal 120 Vietnam