Guidelines on The Status of Vintage/Classic Automobiles

 

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON

1.0          Syarat Kelayakan Utama

1.1          Kategori Motokar Vintaj

Motokar yang layak dikategorikan sebagai motokar vintaj ialah motokar yang telah mencapai usia 50 tahun dari tarikh yang dikeluarkan oleh pembuat.

1.2          Kategori Motokar Klasik

Motokar yang layak dikategorikan sebagai motokar klasik ialah motokar yang telah mencapai usia 25 tahun dari tarikh yang dikeluarkan oleh pembuat, termasuk motokar yang dikenali sebagai ‘ Collectors Item ‘.

2.0   Kenderaan kategori motokar sahaja yang layak memohon dan dipertimbangkan, bagi kenderaan selain daripada kategori motokar adalah tidak layak dipertimbangkan. Syarat-syarat lain yang perlu diikuti untuk mendapatkan status motokar  vintaj/klasik bagi tujuan pengurangan bayaran Lesen Kenderaan Motor (LKM) adalah seperti berikut

2.1       Motokar yang telah didaftarkan di Negara ini tidak kurang dari 25 tahun sahaja yang layak memohon dan dipertimbangkan. Bagi motokar import kategori vintaj/klasik juga layak memohon dan dipertimbangkan selepas tempoh 2 tahun didaftarkan di Negara ini.

2.2       Motokar yang mempunyai nilai pasaran yang tinggi, iaitu sama seperti nilai barangan antik.

2.3          Keadaan semasa motokar mestilah pada tahap seperti keadaan baru (mint), tidak berkarat, cat dan ‘chrome' yang berkilat dan bersih dalam erti kata seperti dalam keadaan ‘show room'.

2.4          Motokar tersebut mestilah didalam keadaan ‘roadworthy' dan semua sistem yang terdapat padanya berfungsi dengan baik.

2.5          Motokar mestilah mempunyai ciri-ciri spesifikasi, bentuk badan dan komponen  utamanya seperti yang asal semasa dikeluarkan oleh pembuat.

2.6          Pengubahsuaian yang dibenarkan hanyalah bagi peningkatan pada sistem brek,sistem elektrik dan sistem bahan api diterima atas faktor keselamatan sahaja.

2.7          Sebagai asas pertimbangan utama, pemohon mestilah mempunyai lebih dari 2 buah motokar yang didaftarkan diatas nama sendiri.

2.8          Keadaan nombor casis dan enjin mestilah bersih, boleh dibaca dengan jelas  dan tidak diganggu.

2.9          Pemilik perlu mengemukakan surat/sijil sokongan dari Kelab Kereta Vintaj dan Klasik  Di Raja  Malaysia atau Kelab-Kelab lain yang diiktiraf (Jika ada).

2.10       Motokar perlu diperiksa oleh Pegawai Teknikal / Pemeriksa Kereta Motor JPJ Ibu Pejabat / Negeri / Cawangan yang berkenaan.

 

                  3.0       Cara Memohon

3.1       Permohonan dan pemeriksaan motokar vintaj/klasik boleh dibuat melalui :-

      3.1.1    Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia,

                                               Bahagian Kejuruteraan Automotif,

                  Aras 4, No.26, Jalan Tun Hussien,

                  Persiaran Perdana, Presint 4

                  Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

                  62100 PUTRAJAYA.     

                  ( Tel: 03-88928107 )

       3.1.2  Di Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ Negeri.

3.2          Dokumen-dokumen yang perlu disertakan / dibawa bersama semasa pemeriksaan motokar ialah :-

i) Borang permohonan vintaj klasik (MUAT TURUN BORANG)

ii) Salinan kad pendaftaran kenderaan / Vehicles of Certificate (VOC).

iii) Salinan kad pendaftaran kenderaan / Vehicles of Certificate (VOC) bagi motokar lain yang didaftarkan diatas nama pemohon yang sama.

iv) Salinan kad pengenalan pemohon.

iv) Gambar kenderaan (belakang, hadapan, sisi kanan, sisi kiri dan dashboard+steering).

3.3          Pemeriksaan Motokar.

Bagi tujuan pemeriksaan motokar vintaj/klasik, pemohon hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen yang diperlukan bersama-sama dengan motokar yang hendak di periksa.

3.3.1      Pemeriksaan terhadap motokar vintaj/klasik akan tertumpu kepada mengenalpasti keaslian motokar tersebut dan menepati syarat-syarat di perenggan 3.2 dan 3.3 di atas.

3.3.2      Ciri-ciri Pemeriksaan

i) Pemeriksaan identiti motokar,iaitu pengesahan nombor enjin dan nombor casis tidak diganggu dan hendaklah sama seperti mana yang dicatitkan dalam kad pendaftaran motokar tersebut.

ii) Pemeriksaan keaslian kereta vintaj dan klasik merangkumi komponen-komponen berikut :-

Enjin asal, casis asal, rekabentuk badan asal ( tidak diubahsuai ), sistem trasmisi asal, sistem suspensi asal, gandar depan dan belakang asal, nombor pendaftaran dan ‘Rim' serta ‘Steering' asal ( bukan jenis ‘sport' ).

 

                      4.0     Pengeluaran Sijil Pengesahan Status  Motokar / Klasik

 4.1          Semua permohonan dan laporan pemeriksaan untuk mendapatkan status motokar vintaj/klasik yang dibuat di Pejabat-pejabat JPJ Negeri/Cawangan hendaklah dimajukan ke Bahagian Kejuruteraan Automotif, Ibu Pejabat JPJ untuk diproses dan dinilai semula sebelum disyorkan kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan.

4.2          Motokar yang telah lulus sebagai motokar vintaj/klasik akan dikeluarkan Sijil Pengesahan bagi tujuan pengurangan Lesen Kenderaan Motor (LKM) sebanyak 90% bagi motokar vintaj dan 80% bagi motokar klasik akan dikeluarkan oleh Bahagian Kejuruteraan Automotif, Ibu Pejabat JPJ dan ditandatangani oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan.

4.3          Sijil pengesahan status motokar vintaj/klasik yang dikeluarkan hendaklah diperbaharui setiap 3 tahun sekali atau apabila urusan tukar nama dibuat atau penukaran nombor pendaftaran motokar ( interchange ) dilakukan,mengikut mana yang terdahulu.Pemilik motokar tersebut dikehendaki membuat  permohonan semula untuk menentukan status motokar vintaj/klasik mengikut syarat-syarat yang ditetapkan di atas.

 

                    5.0       ARAHAN PENGUATKUASAAN

5.1       Penguatkuasaan perlu dilaksanakan bagi memastikan semua motokar yang telah mendapat kelayakan motokar vintaj/klasik tidak membuat pengubahsuaian keatas ‘steering' dan ‘rim' serta komponen-komponen lain mengikut syarat yang telah ditetapkan supaya keasliannya kekal. Kelayakan dan status motokar vintaj/klasik ini akan dibatalkan serta merta sekiranya  pengubahsuaian dibuat pada motokar tersebut, dan pemilik perlu membuat bayaran kadar Lesen Kenderaan Motor (LKM) pada kadar yang asal.

 

IBU PEJABAT,

JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA,

BAHAGIAN KEJURUTERAAN AUTOMOTIF

ARAS 4, NO.26, JALAN TUN HUSSIEN,

PERSIARAN PERDANA, PRESINT 4,

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,

62100 PUTRAJAYA.

(Tel : 03-88928107)