Blog JPJ yang baru sahaja diwujudkan ini juga merupakan langkah penambahbaikan dari aspek saluran komunikasi antara Jabatan dengan pelanggan. Sekurang-kurangnya, setiap pelawat yang melayari blog JPJ akan dapat menyampaikan isi hati atau komen mengikut perspektif masing-masing. Setiap artikel yang disiarkan dalam blog ini merupakan pemberitahuan kepada rakyat mengenai perkhidmatan peraturan dan prosedur Jabatan. Terima kasih kepada anda yang telah memberikan komen dan pelbagai pandangan mengikut artikel yang disiarkan. Teruskan mengikuti berita-berita terbaru dari JPJ dan sampaikanlah komen dan pandangan anda melalui blog ini untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan Jabatan.
Suka juga saya mengingati semua, tahun 2010 ini juga merupakan sasaran Kerajaan dalam Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2006-2010 untukmengurangkan kadar kematian kepada 2 bagi setiap 10,000 kenderaan berdaftar pada tahun 2010. Justeru itu, sebagai pengguna jalan raya bersama-samalah kita berganding bahu menjalankan tanggungjawab demi keselamatan diri, keluarga dan negara. ‘Anda pasti mampu mengubahnya’.
Sehingga berjumpa lagi. Terima kasih.
Ketua Pengarah


