Sering kita lihat tabiat pemandu-pemandu di Malaysia yang menjadikan jalan raya tempat untuk menunjukkan kehebatan. Pemanduan berhemah yang ditekankan semasa sesi pembelajaran bagi mendapatkan lesen memandu langsung tidak diendahkan. Bak kata pepatah, ‘Beraja di mata, bersultan di hati’.












































